Close
Currency
Language
Close
Menu
Search
Account
Cart
Close

Pengat Pisang

Pengat Pisang

Bahan-bahan:
- 5 biji pisang (dihiris)
- 1 ketul gula melaka
- 200 ml santan
- ½ cawan sagu
- 2 helai daun pandan
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa


Cara Penyediaan:
1. Masukkan sagu dan air secukupnya. Didihkan selama 7 minit/suhu 110/kelajuan /(Reverse). Tapis sagu dan ketepikan.
2. Seterusnya, masukkan gula melaka. Kisarkan selama 10 saat/kelajuan 10.
3. Setelah gula melaka halus dikisar, masukkan air mengikut kesesuaian dan daun pandan. Didihkan selama 5 minit/suhu 110/kelajuan 1/(Reverse).
4. Tambahkan santan, pisang, sagu dan secubit garam. Didihkan selama 15 minit/suhu 110/kelajuan 1/(Reverse).