Close
Currency
Language
Close
Menu
Search
Account
Cart
Close

Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
- 4 ketul ayam
- 3-8 biji cili api
- 1 biji bawang besar
- 1 inci kunyit hidup
- 1 batang serai (dititik)
- 200 ml santan
- 1-2 biji kentang (dipotong kecil)
- 1 helai daun kunyit (dihiris)
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa


Cara Penyediaan:
1. Masukkan cili api, bawang besar dan kunyit hidup. Kisarkan selama 10 saat/kelajuan 10.
2. Masukkan ayam, santan, serai, garam secukup rasa dan sedikit air mengikut kesesuaian. Masakkan selama 15 minit/suhu 110/kelajuan /(Reverse).
3. Setelah masak, hidang dan hiaskan dengan hirisan daun kunyit.